Monday, March 22, 2021

10 Tempat Makanan Terbaik di Penang

 1. Roti Canai Transfer Road


Untuk hidangan sarapan pagi di Pulau Mutiara, kalau tekak anda tu tiba-tiba teringin nak makan roti canai atau roti bakar, ini lah tempat yang patut anda singgah. Walaupun sebenarnya banyak saja kedai roti canai yang ada di sekitar Penang ini. Tapi, roti canai di sini agak sedikit unik kerana ianya dihidangkan bersama dengan ayam seketul. Memang lain daripada biasa dinikmati. Untuk roti bakarnya pula, anda boleh cuba roti bakar telur goyang juga ada di sini.

2. Cargas Cafe Bayan Lepas


Lepas penat jalan-jalan di sekitar Penang, pasti perut terasa lapar kan? Tercari-cari di mana tempat makan menarik yang menyediakan hidangan makan tengahari? Datanglah ke Cargas Cafe. Bermacam-macam aneka jenis lauk pauk yang disajikan di sini. Pasti membuat anda rambang mata untuk memilihnya. Dinasihatkan untuk datang awal sebab kedai ini sering menjadi tumpuan orang ramai untuk makan tengahari. Kalau lambat, kemungkinan akan ada lauk yang habis bila tamat ja waktu lunch.

3. Gani Famous Pasembur

Kalau bercuti di Penang, tak cukup lengkaplah perjalanan kalau tak pekena atau cuba pasembur di Penang. Gani famous pasembur adalah port yang patut anda singgah untuk menikmati pasembur. Selain pasembur, di sini juga terdapat banyak gerai dengan pelbagai pilihan makanan yang sedap seperti ABC, mee goreng, kerang bakar dan macam-macam lagi. Apa yang menarik lagi di sini, sambil-sambil makan boleh menikmati keindahan pantai dengan angin yang dingin. Memang best makan di sini.

4. Mee Sotong Hameed Pata

Pernah makan mee sotong? Kalau tak pernah, anda patut cuba. Anda boleh datang ke restoran Hameed Pata untuk menikmati hidangan ini. Ianya terletak di Padang Kota Lama. Kalau susah-susah sangat, waze ja senang. Terus sampai sini. Bagi anda yang nak datang bercuti di Penang dan mencari tempat makan yang menarik, jangan lupa letakkan restoran ini di dalam list percutian anda sebagai destinasi wajib singgah bila datang ke Penang.

5. Cucur Udang Chowrasta


Kalau anda tiba-tiba terasa lapar dan mencari makan yang ringan untuk alas perut masa jalan-jalan tu, boleh singgah dan cuba cucur udang chowrasta. Apa yang specialnya tentang cucur udang chowrasta ini adalah cucurnya yang rangup dan kuah kacangnya yang sedap. Betul ke sedap? Nak tahu kena lah datang sini dan rasa sendiri. Saya yang tulis ni pun dah terliur.

6. Nurul Ikan Bakar

Untuk hidangan makan malam pula, restoran Nurul Ikan Bakar adalah port makan terbaik yang patut anda singgah untuk menikmati ikan bakar atau apa sahaja makanan seafood. Sebab apa anda patut singgah? Kerana hidangan seafood yang disajikan di sini semuanya segar-segar. Anda boleh pilih mana-mana seafood mentah untuk dimasak mengikut selera anda. Nak masak stim? 3 rasa? Bakar? Semuanya boleh dihasilkan di kedai ini.


7. Pak Mat Western

Bagi anda yang tercari-cari, cafe manakah yang menghidangkan makanan berbagai jenis makanan barat yang sedap dan murah. Saya mencadangkan anda untuk datang ke pak mat western yang memang cukup famous dengan makanan western. Banyak aneka pilihan hidangan western yang ada di sini, bikin ramai rambang mata! Harga pun murah, sesuai dengan tagline nya "Cita Rasa Hotel, Harga Warung". Bagi anda yang ingin ke sini, ianya terletak di Bukit Minyak, Pulau Pinang

8. Sany Char Koay Teow

Selain nasi kandar, hidangan lain yang popular di Penang adalah char kuey teow. Nak makan char kuey teow datanglah ke Sani Char Koay Teow. Dalam banyak-banyak char kuey teow yang ada dik sekitar Penang, inilah antara salah satu char kuey teow yang femes dan sedap di Penang. Mesti cuba kalau datang Penang, dah cuba pasti repeat lagi!

9. Mee Udang, Ilyana Cafe

Orang Teluk Kumbar mesti tahu di mana nak makan mee udang yang sedap. Jadi bagi anda yang datang bercuti di Penang, mencari tempat makan yang menyediakan mee udang, jemputlah datang ke Ilyana Cafe yang terletak di Teluk Kumbar. Udang yang digunakan dalam hidangan ini pun segar-segar. Selain mee udang, terdapat macam-macam lagi hidangan menarik yang disajikan di sini antaranya kari kepala ikan.

10. Ice Cafe

Nak makan dessert di dalam cafe yang berkonsepkan ais? Datanglah ke Ice Cafe, Penang. Datang sini dan rasai sendiri pengalaman berada di dalam cafe ini, seolah-seolah berada di kutub utara sambil menikmati bermacam-macam aneka jenis dessert yang ada di sini seperti aiskrim, buah-buahan, kek dan macam-macam lagi. Menarik kan! Ini pun salah satu tempat yang femes di Penang.



Sumber ini didapati daripada https://sembangkejayaan.blogspot.com/2020/07/10-tempat-makan-menarik-di-penang-untuk.html 

 




Monday, March 15, 2021

Kelebihan Memiliki Website

9 KELEBIHAN MEMILIKI WEBSITE

1. Kredibiliti dan kepercayaan: Website mencipta gambaran positif tentang bisnes kita. Orang lebih percaya pada bisnes yang mempunyai website.

2. Emel brand: Dengan mempunyai website kita boleh memiliki alamat emel sendiri yang menaikkan nama brand kita. 

3. Menarik customers baru: Dengan mempunyai website kita dapat menarik lebih banyak customers baru yang datang dari carian di Google. 

4. Showcase produk: Di website kita dapat pamerkan produk dan servis kita secara yang lebih profesional dan meyakinkan. 

5. Customers target: Kita dapat terbitkan informasi yang penting tentang produk dan servis kita. Itu membolehkan kita mendapatkan customers yang menjadi target untuk bisnes kita. 

6. Reviu dan kredential: Kita boleh terbitkan reviu dan testimoni dari pakar-pakar dan pertubuhan yang mempunyai autoriti dan dipercayai ramai. 

7. Menang dalam persaingan: Website dapat meletakkan bisnes kita di barisan depan. Ini khususnya apabila pesaing kita belum membina website mereka. Apabila orang mencari maklumat, mereka jumpa website kita.

8. Visibiliti: Tanpa website orang tidak nampak bisnes kita. Apabila mereka membuat carian dalam internet, mereka tidak jumpa kita. 

9. Capaian yang cepat: Pada masa ini CEPAT lebih penting daripada CANTIK. Tidak mengapa andainya website kita kurang cantik, yang lebih penting ia cepat muncul.

Dalam digital marketing, website adalah komponen paling penting. Duit yang dilaburkan dalam website yang bagus adalah duit yang dilaburkan dengan bijaksana.




Pak Duan